Kenyataan Privasi (BM)
Notis Privasi ini dikeluarkan oleh Travelex Currency Exchange & Payments Sdn. Bhd. (200801017635 (818930-H)) (“Travelex”, “kami”).
Notis Privasi Travelex Currency Exchange & Payments Sdn. Bhd. ini dikemaskini terakhir pada bulan 30 April 2025.
Nota Penting: Jika anda berurusan dengan atau melalui Travelex, anda bersetuju dengan penggunaan Data Peribadi oleh Travelex mengikut Notis Privasi ini. Oleh itu sila baca dengan teliti.
- Maklumat untuk dihubungi
Jika anda ingin menghubungi kami, anda boleh mengunjungi mana-mana cawangan kami. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengendalian Data Peribadi oleh kami atau maklumat lanjut mengenai privasi data, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami (maklumat perhubungan disediakan di bawah).
- Definisi
Melainkan jika konteksnya memerlukan sebaliknya, terma huruf besar yang digunakan di sini mempunyai maksud berikut:
"Data Peribadi" bermaksud apa-apa maklumat berkenaan dengan Transaksi yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung kepada anda dan:
- diproses oleh atau melalui Travelex;
- dirakamkan oleh Travelex;
- mengenal pasti anda atau menyebabkan anda dikenal pasti; dan
- termasuk Data Peribadi Sensitif dan ungkapan pendapat berkaitan anda.
Tanpa menghadkan yang di atas, Data Peribadi mungkin termasuk: - maklumat tentang anda termasuk umur, status perkahwinan dan status kewangan;
- maklumat transaksi mengenai perkhidmatan kami dan bagaimana anda menggunakannya;
- maklumat yang anda kongsi dengan kami apabila anda hubungi kami untuk apa-apa tujuan (termasuk melalui media sosial);
- maklumat apabila anda mengambil bahagian dalam promosi, pertandingan, kaji selidik atau skim kesetiaan;
- butir-butir lawatan anda ke laman sesawang kami. Ini termasuk laman sesawang dari mana anda datang, halaman yang anda lihat semasa lawatan anda, dan halaman yang anda lihat selepas anda meninggalkan laman sesawang kami;
- data yang dikumpul oleh “cookies” dan teknologi yang sama, bersama-sama dengan maklumat peribadi yang telah kami kumpul; dan
- rakaman CCTV, sekiranya ada.
"Data Biometrik" bermaksud sebarang Data Peribadi yang terhasil daripada pemprosesan teknikal berkaitan dengan ciri fisiologi atau tingkah laku seseorang, termasuk data yang diproses untuk pengecaman wajah, pengesahan cap jari, pengecaman suara, analisis retina, analisis corak menaip, analisis pandangan (penjejakan mata), dan analisis tandatangan tulisan tangan.
"Data Peribadi Sensitif" bermaksud mana-mana Data Peribadi, termasuk maklumat tentang kesihatan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama, Data Biometrik atau lain-lain dan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh anda atau didakwa ke atas anda.
"Transaksi" bermaksud apa-apa urus niaga perdagangan anda dengan atau melalui Travelex berhubung dengan perniagaan pengurupan wang dan mata wang borongkami, tanpa mengira saluran yang digunakan oleh anda.
"Travelex" atau "kami" atau "kita" dalam Notis Privasi ini merujuk kepada Travelex Currency Exchange & Payments Sdn. Bhd., termasuk di mana konteksnya menghendaki, cawangan, sekutu dan entiti yang berkaitan kami di luar Malaysia.
- Tujuan Notis Privasi ini
Notis Privasi ini menggariskan bagaimana Travelex:
- mengumpul, menggunakan, mengekalkan dan mendedahkan Data Peribadi berkenaan dengan Transaksi; dan
- melindungi Data Peribadi.
- Bagaimana Data Peribadi diberikan kepada kami
Data Peribadi boleh diberikan kepada kami:
- oleh anda apabila anda berurusan dengan Travelex (contohnya, dengan membeli produk dari kami, mendaftar akaun di laman web kami, hubungi kami melalui mana-mana saluran, mengambil bahagian dalam tinjauan atau pertandingan);
- oleh pihak ketiga (contohnya pasangan anda, sebuah syarikat di mana anda seorang pengarah, pegawai atau pemegang saham, atau suatu perkongsian di mana anda adalah rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang dimohon oleh pihak ketiga dari Travelex; dan
- melalui cara lain (contohnya, daripada analisis kami terhadap transaksi anda, rakaman video dari kamera pengawasan keselamatan litar tertutup, rakaman audio perbualan telefon yang dirakam atau sumber awam yang boleh didapati).
- Tujuan di mana kami akan gunakan Data Peribadi
Kami hanya akan menggunakan Data Peribadi (yang mana, sebagai peringatan, termasuk Data Peribadi Sensitif) untuk tujuan yang sah berkaitan dengan pengendalian perniagaan kami dan pemprosesan Transaksi. Ini termasuk yang berikut:
- menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda daftar;
- mengutip bayaran;
- proses dan memenuhi pesanan anda, menyediakan untuk kemudahan pengesanan pesanan, atau sebaliknya, menyediakan maklumat untuk anda, produk dan perkhidmatan yang anda boleh minta daripada kami;
- mematuhi kehendak undang-undang dan peraturan (termasuk pencegahan penipuan, pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan, pencegahan pembiayaan proliferasi dan sekatan kewangan bersasar). Ini mungkin termasuk memeriksa maklumat yang anda berikan kepada kami terhadap maklumat daripada sumber-sumber lain;
- menguatkuasakan mana-mana kontrak yang dibuat di antara anda dan kami berkenaan dengan Transaksi;
- menghantar mesej pemasaran kepada anda;
- pertikaian dan penyelesaian aduan;
- menyediakan anda dengan mesej perkhidmatan (contohnya, dengan memberitahu anda mengenai perubahan kepada terma, syarat dan polisi kami);
- meningkatkan pengalaman pelanggan dan kualiti perkhidmatan kami;
- analisis data;
- membolehkan kami dan laman sesawang pihak ketiga untuk memaparkan iklan yang berkaitan dan disasarkan, berdasarkan tingkah laku sebelumnya, pembelian, atau apa-apa maklumat lain yang berkaitan;
- pencegahan penipuan atau pengesanan;
- mengesahkan kedudukan kewangan anda melalui pemeriksaan rujukan kredit;
- mengurus dan menyelenggara akaun dan kemudahan anda; dan
- sebab-sebab keselamatan (khususnya Data Peribadi yang dikumpulkan dari kamera pengawasan keselamatan litar tertutup).
- Boleh anda menolak untuk memberikan kami Data Peribadi?
Ya.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi anda kepada kami.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak memberikan maklumat yang kami perlukan untuk memproses Transaksi, menyelesaikan aduan, menyediakan anda dengan produk-produk dan perkhidmatan atau selainnya berurusan dengan anda untuk tujuan yang dimaksudkan, kami mungkin tidak dapat melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
- Adakah anda perlu memberikan kami Data Peribadi untuk menerima produk dan perkhidmatan kami?
Tidak semestinya.
Data Peribadi yang kami kumpulkan boleh jadi wajib atau sukarela. Data Peribadi wajib adalah data yang diperlukan oleh kami untuk memberikan anda dengan produk dan perkhidmatan kami. Data Peribadi sukarela adalah data yang tidak diperlukan dalam usaha kita untuk menyediakan anda dengan produk dan perkhidmatan kami. Jika dapat dilaksanakan, kami akan menunjukkan jenis data yang diminta oleh kami.
- Bolehkah kami berkongsi Data Peribadi anda?
Ya.
Dari semasa ke semasa, kami mungkin berkongsi Data Peribadi anda dengan:
- entiti lain dalam Travelex;
- ejen-ejen kami;
- subkontraktor;
- pemberi perkhidmatan;
- badan kawal selia, pentadbir dan kehakiman;
- agensi-agensi rujukan kredit apabila anda memohon mana-mana produk berasaskan kredit kami;
- penyedia perkhidmatan kewangan;
- pihak yang diberi kuasa dan dipersetujui oleh anda;
- penasihat;
- rakan kongsi strategikan
- jika perlu bagi mana-mana maksud yang disebut di sini (dan pada pemahaman bahawa mana-mana entiti tersebut akan mengendalikan maklumat itu sebagai sulit) ("Entiti Lain")
- Bolehkah Data Peribadi anda dipindahkan ke luar Malaysia?
Ya.
Ini boleh dilakukan untuk pelbagai tujuan perniagaan yang sah termasuk penyimpanan, pengesahan, memproses transaksi, menjalankan penyiasatan dan tadbir urus.
- Bolehkah kami menggunakan Data Peribadi anda untuk menghantar bahan pemasaran kepada anda?
Ya.
Anda boleh menerima komunikasi pemasaran daripada kami atau entiti lain. Jika anda tidak lagi mahu menerima komunikasi pemasaran, anda boleh memilih untuk keluar atau memberitahu kami (sila ambil maklum, bahawa ia boleh mengambil masa sehingga 14 hari). Sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima bahan pemasaran atau promosi, Travelex masih boleh menghubungi anda untuk tujuan lain yang berkaitan dengan akaun, kemudahan atau perkhidmatan yang anda ada atau pernah melanggan dengan Travelex.
- Bagaimana kami melindungi data anda?
Travelex mengambil semua langkah-langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan rahsia Data Peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa Data Peribadi anda kepada ejen-ejen kami yang diberi kuasa atau penyedia perkhidmatan, kami akan menghendaki mereka untuk melindungi Data Peribadi yang diberikan kepada mereka.
- Berapa lama kami boleh menyimpan Data Peribadi anda?
Kami akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang perlu, bagi memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan tadbir urus korporat, undang-undang, dan kawal selia kami.
- Perubahan kepada Notis Privasi ini
Sila ambil maklum bahawa kami boleh mengemas kini Notis Privasi ini dari semasa ke semasa. Lakukan semakan semula secara berkala terhadap Notis Privasi ini untuk mengetahui maklumat terkini tentang bagaimana kami melindungi maklumat anda. Jika terdapat perubahan ketara kepada Notis Privasi ini, kami akan memberitahu anda dengan menyiarkan notis perubahan tersebut di laman sesawang kami atau dengan menghantar pemberitahuan kepada anda secara langsung.
- Bagaimana anda boleh mengakses / membetulkan / mengemaskini Data Peribadi anda?
Jika terdapat apa-apa perubahan kepada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi anda yang kami ada adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah-langkah untuk mengemaskini Data Peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk mengakses Data Peribadi anda. Jika anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda, sila hubungi kami. Sila ambil perhatian bahawa bergantung kepada maklumat yang diminta, kami mungkin mengenakan bayaran yang kecil. Kami juga boleh mengambil langkah-langkah untuk mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi permintaan anda untuk akses kepada Data Peribadi anda.
- Data Peribadi Pihak Ketiga
Jika anda telah memberikan Data Peribadi pihak ketiga kepada Travelex, sila pastikan bahawa anda telah mendapatkan kebenaran pihak ketiga tersebut berhubung dengan pemprosesan dan pendedahan Data Peribadi mereka dan bahawa Notis Privasi ini dimaklumkan kepada pihak ketiga tersebut. Sila jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai pemprosesan Data Peribadi pihak ketiga tersebut oleh Travelex,.
- Kontrak lain
Sekiranya terdapat percanggahan mengenai cara kami mengutip atau menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan Notis Privasi ini dan terma-terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu atau dokumen kontrak lain, terma-terma dan syarat produk atau perkhidmatan tertentu atau dokumen kontrak yang lain akan diguna pakai.
- Pegawai Perlindungan Data
Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengendalian Data Peribadi oleh kami atau maklumat lanjut mengenai privasi data, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami:
Pegawai Perlindungan Data
Travelex Currency Exchange & Payments Sdn. Bhd.
Suite 1-2, Level 1, UOA Corporate Tower Avenue 10,
The Vertical No. 8, Jalan Kerinchi Bangsar South City,
Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Emel: DPO_MY@travelex.com
- Versi Bahasa Malaysia
Kami menyediakan Notis Privasi dalam Bahasa dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara kedua-dua versi, Bahasa Inggeris akan diguna pakai.